
Tajuk:Cabaran
–Cabaran Dalam Membangunkan Masyarakat Malaysia.
Nama
Ahli Kumpulan:
Harvindraj A/L Mardayah [02DEP17F1025]
Harvindraj A/L Mardayah [02DEP17F1025]
Gunalan A/L P.Balan [02DTK17F1129]
Sharvin
[02DEE17F1069]
Nama
Pensyarah:Wan Ahmad Razif Bin Wan Abd Ghani
Tarikh
Hantar : 5-1-2018
Isi Kandungan
Isi Kandungan
|
Muka Surat
|
Pengenalan
|
1
|
Cabaran-Cabaran Yang Wujud
Dalam Kalangan Masyarakat
|
2-5
|
1.Kurang Penghayatan Agama
|
6-9
|
2. PENYEBARAN BUDAYA BARAT
i.
Punk
ii.
Black Mental
|
10-14
|
3. KURANG KECINTAAN TERHADAP ILMU
|
15-16
|
4. MASALAH SOSIAL
|
17-20
|
5. KURANG PENGHAYATAN TERHADAP
ASPEK-ASPEK KENEGARAAN
|
21-24
|
KESIMPULAN
|
25
|
RUJUKAN
|
26
|
Bab 5 :Cabaran
–Cabaran Dalam Membangunkan Masyarakat Malaysia
Pengenalan
Pembangunan
masyarakat merupakan agenda yang penting dalam pembangunan negara.Penekanan dan
perhatian yang serious terhadap pembangunan masyarakat amat penting kerana
masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama mampu membangunkan negara.Namun,
pelbagai masalah yang wujud dalam kalangan masyarakat akan menjadi cabaran
kepada kerajaan dan pihak-pihak berkaitan dalam usaha untuk membangunkan negara
ke arah sesebuah negara maju.
CABARAN-CABARAN YANG WUJUD DALAM KALANGAN MASYARAKAT
STRUKTUR sosial masyarakat Malaysia
banyak mengalami perubahan ekoran pemodenan sistem sosial, politik, pendidikan
dan dinamika ekonomi global. Sorotan sejarah pada awal kemerdekaan negara
menunjukkan kerencaman struktur masyarakat.Kepelbagaian dalam sistem
persekolahan awal merdeka umpamanya adalah bukti kepada kepelbagaian tersebut.
Aspirasi perjuangan politik sama ada yang berkiblatkan Barat atau Timur telah
diterjemahkan dalam kurikulum persekolahan. Perkara sedemikian adalah cabaran
kepada pemimpin negara. enyelarasan kurikulum beraspirasikan kebangsaan telah
menimbulkan pelbagai reaksi. Usaha menjadikan kiblat pendidikan sehala dan
bercitra kebangsaan telah memberi kesan kepada sikap dan pendirian penduduk di
Tanah Melayu. Keterbatasan dalam perkara sedemikian turut disambut pula dengan
pelbagai isu asas berkaitan keselamatan negara dan kesihatan rakyat masih belum
selesai. Maka, kehidupan masyarakat dan pendidikan pada awal kemerdekaan berada
dalam transisi yang rencam. Permasalahan ini turut didepani oleh negara
serantau rentetan daripada dasar menamatkan penjajahan oleh negara
maju.Natijahnya, pelbagai usaha penyusunan semula ekonomi negara dilakukan agar
sejajar dengan kekuatan rakyat. Idea baru dan program berskala besar telah
menuntut kepada perubahan sosial dalam kalangan masyarakat. Tuntutan kepada
pekerja separa mahir dan profesional menjadikan institusi pendidikan dan
latihan kian relevan dan penting.Rancangan pembangunan jangka panjang negara
juga membuahkan pelbagai aktiviti sosio-ekonomi yang turut mencabar kelaziman
rakyat yang menuntut kepada anjakan keperibadian dan kompetensi kenegaraan
bagi setiap rakyat. Ini kerana kemerdekaan negara telah meletakkan harapan
tinggi kepada setiap anggota masyarakat untuk terlibat langsung dalam aktiviti
pembangunan negara, yakni bukan sekadar menjadi pekerja upahan sebaliknya
menuntut kepada kemahiran pengurusan dalam segenap sektor.Dalam usaha meramal
keperluan kepada perubahan sosio-ekonomi, pengaruh ideologi gerakan politik
dunia sering diberi perhatian. Memastikan kesetiaan penduduk pasca merdeka
telah memberi cabaran kepada perancangan pentadbiran negara. Struktur sosial
warisan penjajah yang berasaskan etnik rupa-rupanya berubah dengan drastik.
Elemen-elemen berkaitan sentimen perkauman dan rasa ragu-ragu terbukti mudah
mengubah sikap masyarakat terhadap negara.
Tragedi 13 Mei 1969 yang menjadi
bukti ketidakstabilan hubungan kaum memberi mesej penting kepada kepimpinan
politik negara perihal kebijaksanaan meramal dan kepintaran ‘membaca’ perubahan
masa depan. Ternyata perubahan yang sistematik menerusi pelbagai dasar utama
kerajaan telah meredakan pertelagahan dan akhirnya memberi ruang yang lebih
selesa kepada barisan kepimpinan untuk merancang pembangunan negara. Suka
ataupun tidak, perubahan sosial masyarakat mempunyai kaitan yang kuat dengan
perubahan ekonomi dunia.Ketidakseimbangan antara ekonomi bandar dan luar bandar
telah memunculkan satu lagi kelas sosial yang disebut sebagai masyarakat
industri. Malah, geografi kependudukan menunjukkan wujud penempatan pinggir
bandar dan kawasan industri. Justeru, kewujudan kelas menengah yang dikaitkan
dengan kumpulan separa profesional dan profesional telah ditambah pula dengan
kumpulan komuniti baru hasil ledakan ekonomi perindustrian.
Wujud kejutan budaya yang memberikan
natijah kepada pelbagai bentuk masalah sosial. Muda-mudi luar bandar terdedah
kepada budaya baharu; manakala penduduk bandar pula menerima penduduk dari
pelosok tanah air. Perubahan sosial sekali lagi berlaku apabila tuntutan
pekerjaan melewati nilai tradisional yang menjadikan waktu siang dan malam
bukan lagi waktu berehat. Sistem kerja berdasarkan syif menjadikan kehidupan
sosial kian berubah.Struktur keluarga tradisional turut dicabar oleh perubahan
ini. Keluarga dwi-kerjaya – yakni kedua-dua ibu dan bapa bekerjaya telah
menjadikan kehidupan berkeluarga kini amat jauh berbeza dengan kehidupan
berkeluarga 20 tahun lampau. Peranan wanita dalam struktur keluarga tradisional
telah berubah. Keluarga pada hari ini menjadi satu unit sosial yang kian kecil
kerana bentuk pekerjaan (ibu dan bapa) telah memberi jurang kepada interaksi
dengan keluarga besar. Ikatan sosial dalam keluarga besar mula
berubah.Sebaliknya, ikatan sosial mula berputik di kawasan kejiranan, tempat
kerja dan sekolah. Nilai-nilai tradisi diancam oleh nilai dan norma baru yang
terhasil daripada cara hidup moden yang lebih bersifat praktikal dan fleksibel.
Kebergantungan kepada ketua komuniti dalam struktur sosial tradisional turut
terpinggir. Maka, keputusan awam yang dibuat lebih bersifat perundangan oleh
pihak berkuasa. Memutuskan keperluan komuniti juga mempunyai laluan birokrasi
yang lebih formal dan memerlukan tahap pengetahuan yang lebih mendalam. Apatah
lagi jika keperluan komuniti berkonflik dengan pelbagai aspek.Natijahnya,
kelemahan ikatan sosial membuka ruang kepada kewujudan nilai dan norma yang
bertentangan dengan norma masyarakat. Kelemahan ikatan sosial yang positif akan
lebih berbahaya sekiranya ia dipengaruhi oleh gerakan pemikiran ekstremisme
menerusi perkaderan ahli secara interaksi maya.Perjuangan politik dan gerakan
militer agresif yang disulami dengan elemen keagamaan sama ada di Asia Barat,
selatan Thailand dan pembebasan wilayah autonomi sedikit sebanyak memberi ruang
kepada anak muda untuk memikirkan semula tentang pelbagai aspek kenegaraan.
Tanpa ilmu yang mendalam, sentimen yang dimainkan dalam dunia maya berupaya
mengubah pendirian individu dan masyarakat.
Maka usaha mendepani perubahan ini
sama ada untuk mengembangkan potensi modal insan dan modal sosial perlu
dilakukan bersungguh-sungguh. Situasi inilah yang meletakkan kepentingan
pengajian dan penyelidikan sains sosial kerana memahami masyarakat dan
perubahan sosial bukanlah berdasarkan satu bentuk formula khusus. Keupayaan
membuat ramalan perubahan sosial di Malaysia membolehkan kita mendepani cabaran
dan membuat perancangan yang tepat.
Kurang Penghayatan Agama
Menurut Kamus Dewan,
penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan
perihal atau proses menghayati atau mendalami, menjiwai sesuatu sama ada
melalui penglihatan, pendengaran, pembacaan atau sebagainya. Melalui
penghayatan, seseorang itu dapat merealisasikan sesuatu yang ditanggapinya
dalam kehidupan sama ada secara individu mahupun masyarakat (Kamus Dewan 1994:
447).Istilah penghayatan agama atau religiositi merujuk kepada gaya hidup
beragama atau kehidupan beragama khususnya kepada agama di Barat. Dalam konteks
agama Islam, kehidupan beragama ini dikaitkan dengan Islam sebagai ad-din atau
cara hidup (Abdul Rahman an-Nahlawi 2002, Abul A’la al-Maududi 1981). Religiositi atau kehidupan beragama
amat penting di dalam kehidupan manusia kerana religiositi memberi pengaruh
yang besar terhadap tingkah-laku, personaliti (Ahmad Raba 2001), ketenangan
emosi (Hasnan Kassan 2002) keyakinan diri manusia (Yusuf Qardhawi 1985) serta
kebahagiaan hidup (Hamka 1997).Muslim yang mengamalkan Islam sebagai ad-din
dikatakan menghayati Islam dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini sejajar
dengan firman Allah SWT,
Maksudya:
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Istilah-istilah lain yang sesuai bagi menggantikan istilah religositi antara lain ialah hayyah muttadayyinah atau kehidupan beragama ( Zakaria Stapa 2002), taqwa dan kesedaran (Syed Naguib al-Attas 2002), dan penghayatan Islam (Hashim Yahya 2002). Dalam kajian ini religiosti dari perspektif Islam merujuk kepada penghayatan Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi aspek-aspek akidah, ibadat dan akhlak yang dilihat dalam ruang lingkup Islam yang komprehensif dan integratif .
DEFINISI RELIGIOSITI
William James (penulis “The varieties of religious experience” yang diterbitkan pada tahun 1905) telah mendefinisikan agama sebagai, “ the feeling, acts and experiences of individuals in their solitude, so far as they approached themselves to stand in relation to whatever they consider the divine” (Meadow and Kahoe 1984:18). Definisi yang diberikan ini mendapat kritikan kerana mengehadkan pengalaman agama kepada individu walhal pengalaman keagamaan juga dirasai apabila individu berada dalam kelompok. Menyedari kesukaran memberikan satu definisi yang tepat dan diterima ramai (Meadow dan Kahoe 1984: 18, Whaling 1995: 209, Spilka dan rakan-rakan 2003:60), maka kebanyakan ahli psikologi agama memilih jalan selamat. Mereka mengelak daripada memberi takrif mengenai agama dan lebih memfokuskan kepada kefungsian dan output agama (Spilka 2003:3).Namun begitu, kebanyakan ahli psikologi bersetuju bahawa keagamaan atau religioness melibatkan kombinasi kognitif, emosi dan tindakan (Whalimg 1995:269). Melalui andaian bahawa agama itu sejagat (universal) ahli psikologi agama mengandaikan manusia melahirkan keimanan (faith) mereka melalui tiga cara iaitu tingkah laku (control rituals), kepercayaan (contoh, percaya kepada perkara ghaib), dan pengalaman (contoh, mystical states) (Spilka 2003: 6).
Maksudya:
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Istilah-istilah lain yang sesuai bagi menggantikan istilah religositi antara lain ialah hayyah muttadayyinah atau kehidupan beragama ( Zakaria Stapa 2002), taqwa dan kesedaran (Syed Naguib al-Attas 2002), dan penghayatan Islam (Hashim Yahya 2002). Dalam kajian ini religiosti dari perspektif Islam merujuk kepada penghayatan Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi aspek-aspek akidah, ibadat dan akhlak yang dilihat dalam ruang lingkup Islam yang komprehensif dan integratif .
DEFINISI RELIGIOSITI
William James (penulis “The varieties of religious experience” yang diterbitkan pada tahun 1905) telah mendefinisikan agama sebagai, “ the feeling, acts and experiences of individuals in their solitude, so far as they approached themselves to stand in relation to whatever they consider the divine” (Meadow and Kahoe 1984:18). Definisi yang diberikan ini mendapat kritikan kerana mengehadkan pengalaman agama kepada individu walhal pengalaman keagamaan juga dirasai apabila individu berada dalam kelompok. Menyedari kesukaran memberikan satu definisi yang tepat dan diterima ramai (Meadow dan Kahoe 1984: 18, Whaling 1995: 209, Spilka dan rakan-rakan 2003:60), maka kebanyakan ahli psikologi agama memilih jalan selamat. Mereka mengelak daripada memberi takrif mengenai agama dan lebih memfokuskan kepada kefungsian dan output agama (Spilka 2003:3).Namun begitu, kebanyakan ahli psikologi bersetuju bahawa keagamaan atau religioness melibatkan kombinasi kognitif, emosi dan tindakan (Whalimg 1995:269). Melalui andaian bahawa agama itu sejagat (universal) ahli psikologi agama mengandaikan manusia melahirkan keimanan (faith) mereka melalui tiga cara iaitu tingkah laku (control rituals), kepercayaan (contoh, percaya kepada perkara ghaib), dan pengalaman (contoh, mystical states) (Spilka 2003: 6).
PENGHAYATAN AGAMA ATAU
RELIGIOSITI
Menurut Nor Salimah Abu Mansor (2008), istilah penghayatan agama di Malaysia telah mendapat perhatian dan tumpuan secara mendalam dan praktikal selari dengan era di mana Islam mulai di lihat sebagai satu cara hidup. Ramai pengkaji kebangkitan semula Islam sekitar 70 an dan 80 an mengaitkan penghayatan Islam dengan dekad-dekad tersebut walaupun Islam yang sebati mewarnai budaya dan cara hidup sebebarnya telah bermula jauh sebelum penghayatan agama giat di wacanakan di Malaysia. Selepas dekad-dekad ini, istilah yang sering diguna pakai ialah penghayatan Islam dan penghayatan agama. Selepas dekad-dekad ini juga, para pengkaji mula menjadikan persoalan penghayatan (keagamaan) sebagai satu kajian. Namun kebanyakan kajian di peringkat awal hanyalah bersifat konseptual sahaja . Sekitar penghujung 1990 an barulah kajian penghayatan agama yang bersifat lapangan mula dilakukan. Kajian-kajian tersebut adalah seperti kajian oleh Hatta Shaharom et.al (1996) yang menghasilkan skala pengukuran Hatta (Hatta Islamic Religiosity scale 1996), Hanafiah M. Salleh et.al. (2000), Badlisham Mohd Nasir dan Mohd Hisham Ramli (2003), Jamiah Manap (2004), Jas Laile Suzana Jaafar (2005), Fatin Hazwani Siran (2007), Kumpulan penyelidik IRFA religiositi Azimi Hamzah et. al. (2007) dan lain-lain. Kebanyakan penyelidik yang disenaraikan menggunakan kaedah penyelidikan lazim dalam mengukur penghayatan agama responden sebagaimana pengukuran yang digunakan oleh para pengkaji religiositi Barat seperti Thoules seawal tahun 1935 dari perspektif agama Kristian. Walau bagaimanapun instrumen yang dibangunkan oleh penyelidik religiositi di Malaysia turut mengambil teori dan modul religioiti berdasarkan perspektif Islam. Namun kaedah penganalisisan data masih terikat kuat dengan kaedah penyelidikan lazim.
Menurut Nor Salimah Abu Mansor (2008), istilah penghayatan agama di Malaysia telah mendapat perhatian dan tumpuan secara mendalam dan praktikal selari dengan era di mana Islam mulai di lihat sebagai satu cara hidup. Ramai pengkaji kebangkitan semula Islam sekitar 70 an dan 80 an mengaitkan penghayatan Islam dengan dekad-dekad tersebut walaupun Islam yang sebati mewarnai budaya dan cara hidup sebebarnya telah bermula jauh sebelum penghayatan agama giat di wacanakan di Malaysia. Selepas dekad-dekad ini, istilah yang sering diguna pakai ialah penghayatan Islam dan penghayatan agama. Selepas dekad-dekad ini juga, para pengkaji mula menjadikan persoalan penghayatan (keagamaan) sebagai satu kajian. Namun kebanyakan kajian di peringkat awal hanyalah bersifat konseptual sahaja . Sekitar penghujung 1990 an barulah kajian penghayatan agama yang bersifat lapangan mula dilakukan. Kajian-kajian tersebut adalah seperti kajian oleh Hatta Shaharom et.al (1996) yang menghasilkan skala pengukuran Hatta (Hatta Islamic Religiosity scale 1996), Hanafiah M. Salleh et.al. (2000), Badlisham Mohd Nasir dan Mohd Hisham Ramli (2003), Jamiah Manap (2004), Jas Laile Suzana Jaafar (2005), Fatin Hazwani Siran (2007), Kumpulan penyelidik IRFA religiositi Azimi Hamzah et. al. (2007) dan lain-lain. Kebanyakan penyelidik yang disenaraikan menggunakan kaedah penyelidikan lazim dalam mengukur penghayatan agama responden sebagaimana pengukuran yang digunakan oleh para pengkaji religiositi Barat seperti Thoules seawal tahun 1935 dari perspektif agama Kristian. Walau bagaimanapun instrumen yang dibangunkan oleh penyelidik religiositi di Malaysia turut mengambil teori dan modul religioiti berdasarkan perspektif Islam. Namun kaedah penganalisisan data masih terikat kuat dengan kaedah penyelidikan lazim.
PENYEBARAN BUDAYA
BARAT
Dewasa ini kebudayaan barat sudah mendominasi segala aspek. Peradaban
barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan peradaban yang
dilihat pada remaja atau belia kini. Kebudayaan barat merupakan petaka buruk
bagi masyarakat dan peradaban Timur. Masyarakat timur yang menonjolkan
peradaban mulia, sedikit demi sedikit mulai mengikuti kebudayaan barat. Antara pengaruh budaya yang menjadi ikutan remaja atau belia kini adalah
budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran. Ini banyak
dilihat pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata bagi wanita. Corak
pemakaian remaja wanita kini kebanyakannya yang menjolok mata malahan tidak
menghargai keindahan tubuh wanita dan kecantikan tubuh wanita yang seharusnya
ditutupi tetapi dieksploitasi ke setiap sudut mata memandang. Daripada
pemikiran barat pemikiran barat yang mengacu kepada kebebasan hak asasi manusia
dan kebebasan berekspresi membuat kita menjadi ikutan. Sebagai contoh corak
pemakaian artis artis tempatan yang telah dahulunya mengikuti busana daripada
barat kini menjadi ikutan remaja kini. Kebanyakan gaya fesyen kini lebih
menonjolkan bentuk badan pemakai dan faktor ketidaksopanan yang terselah.
Budaya pemakaian yang tidak sopan ini juga bukan sahaja melanda remaja wanita
malahan turut serta pada belia lelaki kini.
Selain daripada itu
juga aktiviti "Clubbing" atau kelab malam juga merupakan salah satu
daripada aktiviti yang dipengaruhi daripada budaya barat. Istilah "Clubbing"
diertikan sebagai satu dunia malam yang penuh dengan kebebasan. Ekspresif
moden, teknologi, konsumeristik dan metropolis yang menjanjikan segala bentuk
kegembiraan. Aktiviti "Clubbing" ini antara aktiviti yang menjadi
pilihan remaja masa kini juga daripada golongan dewasa yang mahukan kepuasan
dan kebebasan dalam hidup mereka. dan golongan remaja yang terlibat dengan
aktiviti "Clubbing" ini adalah golongan remaja yang kebanyakannya
tinggal di bandar-bandar dan sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat
metropolitan. Aktiviti "Clubbing" sinonim dengan muzik, arak, dadah
dan sebagainya. Kebiasaannya pemilik "Clubbing" bukan hanya
menawarkan hiburan pada muzik sahaja, tetapi menjadi tempat saluran penjualan
dadah serta menawarkan perkhidmatan seks bagi golongan kelas rendah dan tinggi.
Faktor- faktor yang
mempengaruhi aktiviti "Clubbing" :
a) Kurang pengawasan
daripada ibu bapa. Pengawasan ibu bapa terhadap anak- anak adalah penting bagi
memastikan anak-anak remaja kini tidak cenderung memilih aktiviti-aktiviti
sosial yang negatif.
b) Pengaruh rakan sebaya
juga merupakan salah satu faktor remaja kini cenderung memilih “Clubbing”
sebagai aktiviti sosial nagetif pilihan mereka.
PUNK
Budaya Punk adalah sub-budaya
yang berkembang daripada muzik rock Punk. Budaya Punk ini bermula di New York,
London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan
remaja timur. Pengaruh Punk ini telah tersebar ke seluruh dunia dan sejak
daripada itu ia terus berkembang dan menjadi beberapa sub-budaya lain seperti
hardcore punk, goth, emo, pub punk dan sebagainya. Budaya ini kebanyakannya
diikuti oleh belia kelas bawah.
Budaya Punk mendedahkan budaya
fesyen, muzik dan budaya terhadap rock dan roll, muzik disko dan budaya hippie
1960-an. Remaja juga menolak cinta dan keamanan dan kebanyakan daripada mereka
mengambil dadah serta menghidu gam. Kumpulan –kumpulan Punk di negara Malaysia
amat sinonim dengan kegiatan jenayah seperti rogol dan sebagainya. Namun begitu
budaya ini mula dipecahkan kepada sub budaya yang lain seperti Hardcore Punk
yang amat popular di Amerika. Budaya Punk ini juga mempopularkan Rock
alternative dan Budaya Indie yang amat popular di negara Malaysia.
Golongan-golongan Punk
memperkenalkan jenis-jenis pakaian seperti pakaian yang dikoyak, boot doc
martens, pakaian serba hitam, seluar ketat, rambut fesyen Mohawk, stail
terpacak dan rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna. Pada suatu ketika,
golongan punk menjadi tarikan pelancong dan juru gambar di Landon disebabkan
fesyen dan kelakuan mereka. Faktor ini juga menyebabakan remaja kini lebih
tertarik dengan budaya ini.
Secara kesimpulannya, Berbagai
krisis akhlak dan moral terus menular, merebak dan menjadi wabak dalam
masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Jenis-jenis budaya yang
diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat
timur hari ini. Remaja yang diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama dan
jauh terpesong daripada budaya ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak
berkurun lagi.ternyata pendidikan moral, sivik, pendidikan Islam masih belum
cukup untuk menangani isu budaya sosial ini. Pelbagai pihak perlu mengambil
langkah dari sekarang bagi membendung budaya nagetif ini daripada terus menular
dan menjadi ikutan genarasi akan datang.
BLACK MENTAL
Aktiviti Black metal ini merupakan gejala atau aktiviti sosial nagetif
yang membawa kepada pemujaan syaitan dan Black metal ini diasaskan di barat dan
terkenal dengan muzik berentak keras, unsur lirik kasar, menjerit dan tidak
jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu yang di mainkan oleh
mereka ialah berunsurkan menolak kewujudan tuhan, menggalakkan seks rambang dan
keganasan. Selain daripada itu juga kumpulan ini menggalakkan bunuh diri dan
berfahaman bebas.
Kumpulan Black metal ini mempunyai simbol mereka iaitu berbentuk tatu
salib terbalik yang dibuat daripada gurisan duit syiling yang tersendiri
sebagai pengenalan mereka ke dalam kumpulan tersebut. Selain daripada itu juga
ahli yang menyertai kumpulan ini dikenakan syarat iaitu memakai pakaian serba
hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan mengenakan tatu
bintang berbucu lima. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa,
syaitan manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga
bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.
Remaja belia kini dilihat sudah hilang arah pegangan agama mereka. Mereka
mengaggap aliran kepercayaan Black metal ini adalah bebas dan mereka lebih
berkuasa daripada segalanya. Kerosakan pemikiran dan jiwa remaja kini membawa
kepada kehancuran budaya ketimuran kita kini justeru membawa kepada kehancuran
Negara.
Didikan agama penting bagi membendung aktiviti Black metal yang semakin
meluas kini. Selain daripada itu kerajaan perlu mengambil langkah bagi
membendung gejala ini terus merosakkan remaja kita kini. Selain daripada kempen
kesedaran, faktor pendidikan, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan.
Pemahaman mengenai gejala ini serta kesannya perlu dihebahkan kepada masyarakat
kini.
KURANG KECINTAAN TERHADAP ILMU
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, amalan membaca perlu
dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil kerana jiwa anak-anak kecil umpama sehelai
kain putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkannya.Jiwa kanak-kanak
juga masih lembut umpama rebung dan mudah dilentur dan dididik menjadi
insan yang suka akan buku dan seterusnya suka membaca.
Contoh :
Sejak kecil lagi ketika anak-anak belum boleh membaca, ibu bapa
sendiri boleh membacakan untuk mereka buku-buku cerita yang
bersesuaian. Ibu bapa juga boleh menghadiahi anak-anak mereka
buku-buku pada hari ulang tahun kelahiran ataupun sebagai penghargaan atas
pencapaian anak-anak dalam pelbagai bidang.
Kesan:
Jika ibu bapa dapat menyemai amalan membaca ini sejak anak-anak
masih kecil, usaha untuk melahirkan remaja yang suka membaca akan tercapai.
Tambahan pula, pepatah Melayu juga menyebut "Bagaimana acuan,
begitulah kuihnya" yang menjelaskan bahawa ibu bapa sendiri mesti
mengamalkan budaya membaca di rumah sekiranya ingin membentuk anak-anak yang
juga gemar membaca. Hal ini demikian kerana, ibu bapa berperanan
menjadi suri teladan atau 'role model' kepada anak-anak terutama yang masih di
bangku sekolah. Ibu bapa perlu menjadikan amalan membaca
sebagai hobi yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama-sama
anak-anak.
Cara Mengatasi :
Ibu bapa boleh menyediakan satu ruang atau bilik di rumah
sebagai perpustakaan mini yang menempatkan pelbagai buku dan bahan bacaan untuk
keluarga. Di ruang inilah ibu bapa boleh membaca bersama-sama anak-anak pada
waktu lapang atau cuti hujung minggu. Oleh itu, jelaslah sekiranya ibu
bapa sendiri berjaya menjadikan amalan membaca sebagai rutin kehidupan,
pastilah amalan ini akan dicontohi oleh anak-anak dan amalan mulia
ini akan berkembang mekar dalam sanubari mereka sehingga mereka melangkah ke
alam remaja seterusnya menjadi dewasa kelak.
Motivasi dalaman, dikenali juga sebagai motivasi intrinsic,
adalah diwujudkan daripada rangsangan dalaman. Motivasi dalaman ini merupakan
kesediaan belajar yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu
dalam proses pembelajaran .Ia mendorong murid-murid ke arah mencapai sesuatu
matlamat pembelajaran. Jikaseseoprang murid kurangnya motivasi dalaman ini
adalah sukar untuk proses peringkat permulaan dalam pembelajaran.Mengikut
Bruner (1966) , kanak-kanak yang baru masuk sekolah telah mempunyai dua jenismotivasi
dalaman , iaitu intrinsic ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan .
MASALAH SOSIAL
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu
yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian,
hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini
diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak
seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai
murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai
perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan
dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan
dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara perundangan tidak terdapat
definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan
Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah
mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam
Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang
berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat
umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan
remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan
sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik
Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh
keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang
berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.Data dan statistik banyak
menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin
serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22
September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu
ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan.
Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan
dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan
boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.Perangkaan polis
menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah
rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal
atau motosikal (Utusan
Malaysia, Januari 1992).Jenayah yang dilakukan oleh
remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar
besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh,
di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991.
Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut
pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina
dan 47 adalah remaja kaum India.
Cara
Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah
berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya
ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian
yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak
mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang
baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima
kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.
2.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan
aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan
teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3.
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan
undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di
kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab
pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Kurang penghayatan dalam aspek
kenegaraan
Kurangnya penghayatan terhadap aspek-aspek
kenegaraan juga menjadi cabaran kepada Negara untuk membangunkan masyarakat
yang mempunyai modal insan. Kebanyakan generasi muda seoleh-oleh alpa tentang
budaya timur yang penuh dengan adab sopan serta tatatertibnya. Mereka juga lupa
asal usul dan sejarah perjuangan genarasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.
Mereka tidak lagi berminat untuk mempelajari apatah lagi menghayati sejarah
perjuangan nenek moyang mereka yang bertungkus-lumus membebaskan pertiwi
daripada cengkaman penjajah.
Patriotisme
adalah istilah sosiologi yang bermaksud cintakan tanah air. Dalam konteks
kenegaraan, patriotisme merupakan elemen yang mesti ada pada setiap rakyat.Ini
penting dalam konteks mempertahan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Patriotisme juga penting untuk mengangkat maruah dan martabat negara di pentas
global.Perkataan patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes dan
patrice. ‘Patriotes’ membawa maksud ‘rakan senegara’ (fellow countrymen),
manakala ‘patrice’ bermakna tanah air (fatherland). Dari segi definisinya,
‘patriotisme’ bermaksud individu atau kumpulan hadapan yang membela dan
mempertahankan tanah air.Patriotisme adalah perasaan sayang dan cintakan negara
secara sedar dan mendalam sehingga mampu menjadi tenaga pengerak mempertahankan
negara daripada sebarang bentuk ancaman musuh yang berniat menghancurkan
kedaulatan dan kemerdekaan negara.Perasaan patriotisme bukanlah sekadar
retorika atau slogan muluk semata-mata tetapi ia adalah perkara berkaitan
dengan semangat, sikap serta tindak-tanduk merangkumi segala usaha yang dapat
meningkatkan martabat bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan yang
dapat menyumbang kepada pembinaan peradaban dan ketamadunan bangsa. Ini bermakna, dalam konteks bernegara
semangat patriotisme boleh diserap dan ditonjolkan dalam semua bidang kehidupan
merangkumi pertahanan dan keselamatan nasional, hubungan antarabngsa, politik,
ekonomi, sosial, pendidikan, sukan dan kedaulatan undang-undang.
Asas kenegaraan
longgar
Namun, hari ini
sudah terdapat tanda-tanda semangat patriotisme tidak begitu membara dan
semakin terhakis dari jiwa generasi muda. Pemahaman dan penghayatan terhadap
sejarah tanah air dan penghayatan terhadap asas-asas kenegaraan yang cetek dan
longgar adalah antara punca lemahnya semangat patriotisme mereka.
Cabaran
globalisasi turut menyumbang kepada kemerosotan semangat patriotisme. Proses
globalisasi menyebabkan berlakunya asakan liberalisasi dalam kehidupan
masyarakat hari ini.Falsafah liberalisme mendukung konsep kebebasan individu
tanpa kekangan sehingga menyuburkan nilai individualistik, materialistik dan
budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda.
Dalam kalangan
pendukungan politik liberal pula sejarah dan warisan negara tidak begitu
bermakna bagi mereka. Perlembagaan yang mengandungi ciri-ciri tradisi dan
warisan serta ‘kontrak sosial’ mahu dirobek semata-mata mahu membuka ruang yang
terlalu liberal sehingga menggugat perpaduan dan keutuhan negara.Nilai
liberalisme menjadikan sebahagian besar generasi muda hari ini menjadi keliru
mengenai mana yang baik dan mana yang buruk.Ada pihak berpendapat kehidupan
yang serba senang dan mewah dinikmati oleh generasi muda hari ini juga menjadi
faktor.Pendapat ini ada benarnya kerana kemajuan ekonomi dan pelbagai kemajuan
sosial, kemajuan internet dengan pelbagai bentuk media sosial, lambakan
pelbagai barangan berjenama bersifat global serta lambakan pelbagai bentuk
hiburan yang bersifat global menjadikan generasi muda alpa tentang kepentingan
patriotisme serta peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara.
Pertahan
kedaulatan negara
Hakikatnya,
patriotisme menuntut kita menjadi warga yang serius berfikir mengenai survival
bangsa dan tanah air. Patriotisme menjadikan kita lebih sensitif terhadap
ancaman musuh sama ada yang datang dari dalam mahupun dari luar. Semangat
pstriotisme semacam inilah yang menjadikan kita sentiasa bersiap sedia untuk
mempertahankan kedaulatan negara.Usaha untuk mempertingkatkan semangat
patriotisme sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan. Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) diperkenalkan adalah bertujuan membentuk generasi muda ynag
tinggi semanagat patriotismenya. Nilai dan semanagat patriotisme diterapkan
melalui modul kenegaraan, pembinaan syahsiah dan semangat kesukarelawanan
melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.Selain itu, idea
patriotisme termaktub di dalam Dasar Pembangunan Belia Negara serta menunjangi
Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkan pada 1990-an.Justeru,
pertubuhan-pertubuhan belia wajar memainkan peranan aktif dengan menganjurkan
pelbagai aktiviti yang mampu membina semangat dan nilai-nail patriotisme.
Kerajaan juga sudah memutuskan subjek sejarah menjadi mata pelajaran wajib
lulus bagi peperiksaan SPM mulai 2013. Ia juga menjadi mata pelajaran teras
mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2014.Usaha
memperbanyakaan wacana ilmu dan intelektual dengan melibatkan generasi muda
dalam perdebatan, polemik dan permasalahan serta isu-isu semasa akan dapat
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang sesuatu isu dan
permasalahan negara. Kefahaman yang betul dan mendalam terhadap aspek-aspek
kenegaraan akan mendorong sikap bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Ia
sekali gus dapat membina semangat pattriotisme dalam jiwa meraka.
sisi Lahirnya
sebuah Cinta’ diharapkan akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat
kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat di negara tercinta ini.
KESIMPULAN
Konsep
1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada
masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan
pembelaan daripada kerajaan.Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan
rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan
tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa
Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk
bersama memajukan negara.Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang
kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang
membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal
serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai
negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai
integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat
Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness)
dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.
RUJUKAN
Ø
Mynilaimasyarakat.blogspot.my
Ø
adippsyamsuddin.blogspot.my
Ø
wawafazirawaniarfahanusha.blogspot.my

Comments
Post a Comment